Sunday, January 16, 2011

Jihad Melawan Hawa Nafsu

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, sudah setengah bulan memasuki tahun baru masihi..pelbagai azam baru kita buat dan pelbagai azam yg lama telah kita kecapi...di sini saatnya, kita sudah patut melupakan azam-azam yang bersifat meterialistik dan keduniaan seperti ingin membeli kereta, membeli motosikal, atau apa2 saja yg bersifat kebendaan. marilah kita cuba untuk menuju ke arah kerohanian yg telah lama kita tinggalkan. Sepatutnya anak2 muda, dan remaja di bumi bertuah Malaysia in patut menanamkan azam untuk berubah dan menambahkan ilmu dan ibadat. segala jenis perkara di atas muka bumi Allah ini tidak akan kekal kecuali ilmu dan amal. Di saat negara bertuah ini mengecapi keamanan carilah ilmu bersungguh2...tidak kira dari sudut ilmu dunia mahupun akhirat...Tingkatkan amalan yg sedia ada, tegakkan tiang agama, Solat 5 waktu perlu diperkukuhkan. Dalam usaha mendapatkan perkara2 ini, hal terbesar yg perlu kta hadapi adalah HAWA NAFSU...besar godaan dan cabaran yg Allah beri kpd umat manusia ini...Nafsu seperti yg diceritakan ustaz2 di majlis agam...adalah makhluk yg cukup liat dan tegar sehinggakn direndam di dalam neraka beratus tahun namun masih tetap dengan pendirian dan sikapnya...disebabkan itu jihad melawan hawa nafsu adalah jihad terbesar kita...untuk menumpaskan hawa nafsu memerlukan kekuatan dalaman yg hebat...tidak terlihat oleh mata kasar...Namun jgn sesekali kita lupa tentang Jihad melawan musuh Allah...kerana bagi pendapat saya apabila kita sibuk dalam berjihad melawan musuh Allah, secara tersendirinya hawa nafsu ini akan ditumpaskan...contoh terbaik adalah Pahlawan Islam, Pedang Allah...Khalid al Walid...dari seorang yang berjiwa keras dan kejam...dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka buminNya ini telah mengubah beliau menjadi seorang yg lupa hal2 duniawi dan sibuk mencari redha Allah di medan Jihad...Dalam mengubah diri kita, Jangan sesekali kita mengubah lupa pada perjuangan lain yg lebih besar dan hebat...dan telah menjadi dambaan para sahabat dan pahlawan Islam di suatu masa dahulu dan kembali menjadi dambaan pejuang2 Islam di era moden ini...Berjuanglah Wahai Saudara2ku, Kalian Tidak akan Pernah Tewas Kerna Allah Bersama Kalian Di Atas Muka BumiNya ini~Curilah Sedikit Masa Untuk Mendoakan Kejayaan Mereka DiSamping Mengharapkan Kita Turut Diberi Peluang Berjuang Bersama Mereka Untuk Mencari Cinta Sejati Terhadap Allah~Mencari Jalan Mati Yang Paling Mulia iaitu SYAHID~ALLAHUAKHBAR~Salam Jihad

No comments:

Post a Comment