Sunday, May 15, 2011

GuRu~Kaulah InsaN HebaT

Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

- Usman Awang (1979)


~Sajak ni cukup untuk mengungkapkan betapa besarnya peranan guru~
~Tak terungkap dengan kata-kata~



~Hamba ALLAH yg Dambakan Syahid~

SuperHero

Assalamualaikum…

Seronok rasanya bila kita tengok budak-budak kecil bermain antara mereka. Masing-masing ingin menjadi superhero kegemaran masing-masing. Antaranya superman, spiderman, batman, Ben10 & macam-macam lagi lah. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa nama-nama ini yg dijadikan idola dan superhero. Adakah superman dan yg lain-lain ini benar-benar wujud dan benar-benar hebat. Tidak sama sekali. Di sini saya terfikir sejenak, dan ingin berkongsi bersama. Kenapa tidak tokoh-tokoh perjuangan Islam dijadikan superhero kegemaran anak-anak kecil dan juga anak-anak muda ketika ini. tidak cukup hebatkah mereka. Sebenarnya mereka inilah yg lebih hebat malah lebih mulia di sisi ALLAH.

Memang kita tidak mengharapkan anak-anak kita mengatakan, “Aku adalah Muhammad, superhero dunia”, kerana ini sudah dianggap terlalu jauh terpesong kerana Rasulullah adalah insan yg terlalu istimewa untuk kita samakan dengan kita. Baginda selayaknya dijadikan imam, ikutan dan tauladan, namun untuk mencapai taraf baginda adalah mustahil. Yang saya maksudkan di sini adalah pahlawan-pahlawan Islam yang berperang demi menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Rasanya jikalau kita menyebut nama-nama besar pahlawan Islam seperti Khalid Al Walid, Salahuddin Al Ayubbi, Muhammad Al Fateh, Tariq Bin Ziyad dan Saifuddin Muzaffar Qutuz, masihkah mereka, anak2 kita dan remaja sekarang kenal akan insan-insan hebat lagi mulia ini. Kehebatan mereka jauh melangkaui superhero yang dicipta oleh barat. Malah insan-insan hebat ini pernah wujud dan mengukir sejarah emas di dalam kebangkitan Islam. Namun kenapa mereka dilupakan.

Malah 10 sahabat yg dijanjikan syurga juga kadang-kadang kita lupa, malah tidak mengetahuinya langsung. Kita mampu menghafal pemain2 bolasepak terkemuka dunia, artis2 tersohor, namun sedarkah kita 10 insan yg dijanjikan syurga ini lebih hebat berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan idola2 kita zaman sekarang. Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abu Ubaidah Al Jarrah, Abdul Rahman Bin Auf, Thalhah Bin Ubaidillah, Zubair Bin Awwam, Zaid Bin Harithah dan Saad Bin Abi Waqash. Insan2 ini telah dijanjikan syurga oleh Rasulullah sendiri, dan mereka ini adalah insan biasa, yg memeluk Islam selepas didakwah oleh Rasulullah, dan semestinya insan2 inilah yg patut dijadikan idola anak2 kecil dan anak2 muda zaman sekarang.

Teringin benar di hati ini mendengan anak2 kecil bermain sambil mengatakan, “ Ini dia Salahuddin Al Ayubbi telah sampai”, atau “Ketepi semua, Umar Al Khattab ingin bermain”. Indah bukan bila tokoh2 ini yg dijadikan idola, tauladan dan ikutan. Merekalah yg paling layak dijadikan superhero, kerana mereka merupakan SUPERHERO ISLAM SEJATI~ALLAHUAKHBAR!!!

~Hamba ALLAH yg Dambakan Syahid~