Semakin hari kita melihat, dan mendengar bagaimana kesucian dan keindahan agama ALLAH ini dihina dan dicabuli. Islam dituduh berbagai-bagai, sebagai agama pengganas, agama yg kejam, mahupun agama yg menindas dan tidak mengamalkan kebebasan. Namun sebagai seorang Islam, bukan sekadar pada nama, tergerak hati ini ingin menyebarkan dan berkongsi buah fikiran tentang Islam, suatu masa dulu, sekarang dan selamanya. Akan diungkapkan kisah2 di zaman kekasih Allah,Rasulullah, di zaman para sahabat,Khulafa Ar Rasyidin, dan zaman2 selepasnya, di mana Islam diangkat dan disanjung sebagai sebuah agama yg cukup hebat. Permasalahan sekarang, keadaan sekarang dan idea2 yg bernas akan bagi dikongsi dan dibincangkan bersama-sama. Semoga usaha murni untuk meniupkan semangat jihad ke dalam diri setiap pemuda dan pemudi Islam ini mendapat sokongan, bimbingan, panduan orang ramai, dan yg paling penting mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH s.w.t. InsyaALLAH...
...Berjuanglah Demi DIA, Kerana DIA Yang Menguasai Alam Ini Dan DIA Yang Menentukan Segalanya...
No comments:
Post a Comment